Entertainment

Dituduh Memondan, Aliff Syukri Nak Saman Damian Mikhail RM1 Juta?

Tampil dengan lagu raya berjudul Kelepok Raya, bagaimanapun lagu nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu dikecam teruk oleh netizen.

Malah, isu itu turut mendapat perhatian penyanyi dan komposer terkenal, Damian Mikhail yang menyelar tindakan usahawan itu.

BACA: “Aliff Syukri Bukan Nak Publisiti Sangat, Dia Nak Memondan Je” – Damian Mikhail

Menurutnya, dia melihat motif Aliff bukan untuk mahukan publisiti ataupun duit tetapi dia memang mahu ‘memondan’.

Terbaru, perkongsian Aliff menjadi perhatian ramai apabila seolah bengang dengan tuduhan tersebut sehingga mahu menyaman individu yang menuduhnya sebanyak RM1 juta.

Aliff turut memuat naik mesej perbualan bersama peguam di Insta Story mahu menyaman individu berkenaan kerana menuduhnya bukan-bukan.

Dalam pada itu, Aliff turut meminta individu tersebu memadam posting didakwa mengenai dirinya itu dalam masa 24 jam sebelum dia menghantar surat saman.

Meskipun tidak disebut nama pihak berkenaan, namun ramai dapat meneka individu yang dimaksudkan adalah Damien Mikael.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close