Entertainment

Daiyan Trisha Lega Saudara Mara Tak Tanya Pasal Jodoh

Usia sudah menginjak 29 tahun, sudah pasti pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tidak terlepas dengan soal jodoh.

Bagaimanapun, Daiyan meluahkan rasa lega sudara maranya tidak bertanyakan mengenai perkara itu ketika balik beraya.

BACA: Belum Berhijab, Daiyan Trisha Pakai Turban Hormat Bulan Ramadan

Mengkaui masih belum mempunyai kekasih, Daiyan berkata keluarga serta suadara mara memahami dan tidak pernah bertanyakan hal tersebut.

“Buat masa ini makcik-makcik saya tak tanya lagi lah. Kalau ada yang tanya saya akan suruh mereka carikan sebab saya memang tak ada (teman lelaki) sekarang ni. Saya pergi umrah hari itu pun minta jodoh,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya adakah dia terlalu memilih hinggakan masih lagi tiada kekasih, Daiyan berkata sudah tentu dia memilih namun dia berserah tentang hal jodoh.

“Memilih itu mesti la, kena cari yang okay, beradab, setia, kelakar dan lemah lembut. Kalau jodoh memang tertulis nak buat macam mana kan. Tolong doakan,” katanya.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.