Entertainment

Dah 6 Tahun Kahwin Tapi Belum Hamil, Mak Ayah Terdesak Nak Cucu Saman Anak Menantu RM2.8 Juta

Foto: Gulf News

Gara-gara mahukan cucu, pasangan suami isteri di India ini nekad memfailkan tuntutan mahkamah terhadap anak dan menantu mereka. Lebih mengejutkan apabila mengetahui jumlah yang dituntut oleh pasangan ini adalah sebanyak RM2.8 juta.

Saman sebab anak menantu tak bagi cucu

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Gulf News, Sanjeev dan isterinya, Sadhana Prasad mahu menuntut ganti rugi rugi bernilai 50 juta rupee (RM2,842,992.47) kepada anak dan menantunya sekiranya pasangan itu gagal melahirkan anak dalam tempoh setahun. Difahamkan, nilai tersebut merupakan ‘ganti rugi’ setelah berhabisan wang demi membesarkannya.

Pasangan suami isteri yang berusia 61 dan 57 tahun ini juga mendakwa telah menggunakan wang simpanan mereka untuk membiayai pendidikan anak lelakinya di US untuk menjadi seorang juruterbang. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila anak lelaki mereka hanya menganggur setelah pulang ke India.

Bukan itu sahaja, mereka juga merupakan individu yang telah berbelanja besar bagi melangsungkan majlis perkahwinan si anak yang mewah di resort lima bintang. Dakwa pasangan ini lagi, mereka turut menghadiahkan sebuah kereta mewah berharga AS$80,000 (RM351,000) serta hadiah journey berbulan madu ke luar negara sempena perkahwinan anak dan menantunya itu.

Anak lelaki saya sudah berkahwin selama enam tahun, namun, mereka masih belum merancang untuk mendapatkan anak. Sekurang-kurangnya, jika kami mempunyai cucu, segala kesakitan kami akan dapat ditanggung.

Menurut peguam pasangan ini iaitu Arvind Kumar, petisyen tersebut akan didengar oleh mahkamah pada 17 Mei ini. Sanjeev dan Sadhana Prasad bagaimanapun akan menarik kembali tuntutan itu sekiranya anak dan menantunya boleh memberikan mereka seorang cucu dalam tempoh setahun.

Sumber: Gulf News, BBC



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close