Entertainment

“‘Confirm’ Menyirap Waktu Tu” – (VIDEO) Betty Benafe Buat ‘Live’, Terkejut Siti Bainun Keluar Lalu Belakang

Kes perbicaraan kanak-kanak berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) Down Syndrome dikenali sebagai adik Bella yang telah didera mendapat perhatian seluruh masyarakat Malaysia.

Ramai dilaporkan pergi ke mahkamah untuk memberi sokongan dan mengikuti perkembangan proses tersebut termasuklah Betty Banafe.

Betty yang dikatakan mengikuti rapat kes tersebut sejak dari awal telah membuat sesi ‘stay‘ ketika sedang menunggu di luar bilik perbicaraan.

Menerusi video tersebut, Betty menunjukkan dia dan beberapa rakan yang lain berada di mahkamah dan sedang menunggu di kaki lima memandangkan bilangan individu yang dibenarkan masuk adalah terhad.

Bagaimanapun, ketika sedang bercakap dengan pengikutnya menerusi ‘live’ tersebut, secara tiba-tiba sahaja tertuduh, Siti Bainun keluar dan lalu dibelakangnya.

Sebentar tadi, kita lihat Siti Bainun di belakang kita.”

@zaitrisyaothman

tak kira lapisan masyarakat…semua beri sokongan pada adik bella#justiceforbella #fyp #viral #TMJ

? unique sound – Zaitrisya Othman – Zaitrisya Othman

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan situasi tidak disangka itu selain ramai turut mendoakan agar perbicaraan berjalan lancar.

Warga Malaysia bersatu dan sama-sama mengambil berat serta mengikuti perkembangan kes ini dan mengharapkan keadilan buat adik Bella.

Siti Bainun dan adik Bella


15 jam lalu

“Tiada Bukti Perubataan Bella Cedera Makan 1,280 Biji Cili Padi” – Peguambela Siti Bainun




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close