Entertainment

Bella Astillah Pesan Cari Jodoh Lihat Pada Peribadi Bukan Paras Rupa

Baru-baru ini perkongsian pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian apabila memberi peringatan tentang perhubungan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Bella berkata jika mahu mencari pasangan dilihatlah pada peribadi atau karakter seseorang itu bukan kerana paras rupa.

BACA: Bella Astillah Rasa Tak Layak Berada Di Mekah

“Anda mungkin jatuh cinta dengan seseorang kerana kecantikannya. Tapi ingatlah, pada akhirnya juga anda akan hidup bersama karakternya, bukan kecantikkannya,” tulisnya.

Perkongsian Bella itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz itu.

Untuk rekod, Bella Astillah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Meskipun pasangan itu pernah berdepan konflik rumah tangga namun perkahwinan mereka berjaya diselamatkan.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close