News

Badminton gagal sumbang emas

PETALING JAYA : Skuad badminton lelaki tumpas 0-3 kepada Thailand dalam aksi last Sukan SEA Vietnam di Gimnasium Bac Giang sebentar tadi sekali gus gagal meraih emas.

Thailand meraih mata pertama menerusi juara Terbuka Jerman, Kunlavut Vitidsarn yang tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kok Jing Hong 21-10, 21-15 dalam perseorangan pertama.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun

Malaysia cuba mencari mata penyamaan menerusi beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun namun, ia tidak menjadi kenyataan selepas mereka kalah 20-22, 20-22 kepada Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong.

Malaysia kemudian meletakkan harapan kepada perseorangan kedua, Lee Shun Yang untuk mencari mata kebangkitan namun, segalanya musnah apabila pemain negara itu tumpas 16-21, 21-13, 21-19 kepada Khosit Phetpradab.

Kekalahan berkenaan menyaksikan skuad badminton lelaki negara sekadar berpuas hati dengan pingat perak.-UTUSAN ONLINE



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.