Entertainment

Anak-Anak Menunggu Kepulangan Yasin

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dan menanam pokok ganja pada 24 Mac lalu.

Memetik laporan Harian Metro, abang kepada Yasin itiu Zain Sulaiman memaklumkan kedua anak penyanyi itu sudah mengetahui mengenai keadaan bapanya serta berharap kembali ke pangkuan keluarga.

BACA: Yasin Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

“Anak-anaknya sangat kuat dan menunggu kepulangan beliau (Yasin). Saya mendoakan Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya.

Kata Zain lagi, ahli keluarga mereka juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yasin dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Dalam pada itu, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Yasin memaklumkan lelaki itu melalui fasa perceraian dengan isteri yang memburukkan kesihatannya.

Katanya, Yasin juga tiada rekod negatif dan banyak memberi inspirasi kepada masyarakat menerusi karyanya sebelum ini.

Terdahulu, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen dimaklumkan Yasin menghidap bipolar sejak 2009 dan memerlukan rawatan susulan, dengan rawatan terakhir diterimanya pada dua bulan lalu.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.