News

ADUN Maharani hargai tindakan pantas JPS

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Abdul Aziz Talib mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Muar atas tindakan pantas menyelesaikan masalah perparitan yang dihadapi para penduduk setempat.

Ini, katanya susulan perbincangan dua hari sebelum itu bersama wakil JPS Muar mengenai masalah tersebut.

Menurutnya, beliau menerima beberapa keping gambar daripada penduduk sekitar Parit Bakar Darat berkaitan proses pembersihan parit yang sedang berjalan.

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Facebooknya baru-baru ini, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penghulu dan ketua kampung yang memberi kerjasama berhubung perkara itu.

“Mudah-mudahan memberi keselesaan kepada penduduk sekitar,” katanya.

Beliau menambah, ia adalah antara isu setempat yang diuruskan mengenai aduan penduduk sekitar Kampung Parit Raja.

“Antaranya berbincangan bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk penyelesaian masalah sistem perparitan yang tidak terurus dengan baik menyebabkan aliran tersumbat, banjir kilat dan sebagainya.

“Sebelum ini juga sudah ada pertemuan bersama wakil JPS, nampak ada perkembangan dan tindakan yang positif,” ujarnya.

Dalam hantaran sebelum itu, katanya, beliau mengadakan pertemuan dengan ketua kampung dan pihak JPS susulan aduan yang disampaikan kepadanya tentang masalah parit sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk apabila hujan kerap turun dan paras air parit tinggi.

Keadaan perparitan yang tidak terurus sebelum diambil tindakan oleh JPS Muar

Katanya, pertemuan itu disertai Penolong Jurutera JPS, Fazlina Suliman; Penghulu Parit Bakar, Fauzi Tubi dan Ketua Kampung Parit Raja, Jalal Manan di Pejabat JPS. – HARAKAHDAILY 14/5/2022

Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close