Entertainment

“Ada Ke Perempuan Bahagia Dilayan Suami Dengan baik Tiba-Tiba Minta Cerai?” -Ellie Suriaty

Pelakon Ellie Suraity mengakui terkilan apabila bekas suaminya, yang juga pelakon Azri Iskandar mengeluarkan kenyataan dirinya sebelum ini memang selalu meminta cerai.

Memetik Kosmo, Ellie berkata dia berusaha menjaga aib bekas suaminya itu dan hal mengenai rumah tangga mereka tidak perlu diungkit kerana Azri mengetahui perkara sebenar.

BACA: Azri Iskandar Tak Biasa Jadi Duda, Tak Tolak Rujuk Semula Dengan Ellie Suriaty

“Kenapa saya selalu minta cerai? Jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan itu ada pada dia. Dia tak perlu persoalkan pun atau bawa benda itu keluar (hebahkan).

“Selepas sah berpisah kami ada berjumpa sebab saya mahu hubungan baik ini berkekalan. Tak semestinya bercerai kita jadi berantakan. Saya pergi tuntut fasakh pun ketika dalam keadaan tenang, jadi kenapa ungkit perkara lalu.

“Dia sudah sewajarnya lega kerana selepas perceraian ini ramai bersimpati dengannya dan membenci saya. Itu tidak mengapa asalkan anak-anak faham. Sekali lagi saya katakan saya ambil jalan ini demi kebaikan semua.

“Ada ke perempuan yang hidup bahagia dan suami layan dengan baik tiba-tiba minta cerai. Melainkan perempuan itu jenis tak bersyukur. Saya kalau suami bawa ke pasar malam pun sudah seronok sangat. Tak perlu bawa saya terbang ke Paris, London pun. Saya tak baik lagi ke?” katanya.

Dalam pada itu, Ellie berkata meskipun mereka sudah berpisah namun dia tidak akan sesekali mengenepikan bekas suaminya itu apatah lagi dia rapat dengan ketiga-tiga anak tirinya.

“Awak (Azri) keluarga saya. Mak, nenek semua sudah tiada. Selamanya awak sebahagian daripada keluarga saya dan tiada siapa mampu mengubah perkara itu. Anak-anak termasuk anak tiri sangat rapat.

“Saya kenal dia tak macam orang lain kenali dirinya. Saya tak akan ketepikan dia begitu saja. Kalau dia sakit pun, saya tetap sanggup menjaganya macam dulu,” katanya.

Terdahulu, Ellie dan Azri sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.