News

500kg @ RM53 juta kokain tersilap hantar ke kilang kopi


BERN –
Polis Switzerland merampas 500 kilogram (kg) kokain yang dihantar ke kilang Nespresso.

Pekerja di kilang di Romont memaklumkan pihak berkuasa selepas menemui serbuk putih dalam longokkan guni biji kopi.

Polis yang menjalankan siasatan lanjut kemudian menemui lebih banyak dadah itu dalam lima kontena.

Kokain itu dipercayai dari Brazil.

Nespresso dalam kenyataannya berkata, pengeluaran kopi di kilang itu tidak dicemari oleh dadah tersebut.

“Kami mahu meyakinkan pengguna bahawa semua produk kami selamat untuk dimakan,” kata syarikat kopi itu.

Kokain yang dirampas itu adalah 80 peratus tulen dan mempunyai anggaran nilai hampir 50 juta euro (AS$53 juta).

“Ia pastinya satu rampasan besar dan boleh dikatakan tangkapan luar
biasa,” kata Marc Andrey, ketua keselamatan bagi wilayah itu.

Polis tidak menolak kemungkinan kokain itu mungkin untuk pasaran Eropah. – BBC

…………oo000oo………..
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat
Whatsapp
Telegram
Facebook
Emel kepada MR
Twitter
RSS

©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.