Entertainment

5 Cara Untuk Eratkan Ikatan Dengan Keluarga Raya Ini!

‘Air yang dicincang tak akan putus’, begitu juga hubungan antara ahli keluarga. Pada tahun ini, setelah 2 tahun tidak balik dan meraikan hari raya dengan keluarga yang tersayang gara-gara wabak pandemik dan kesibukan kerja di ibu kota, tidak salahnya sekiranya raya tahun ini anda luangkan masa masa dengan ibu bapa, adik beradik dan juga sanak saudara.

Yelah, ketika kita masih lagi diberi kesempatan untuk beraya bersama dan luangkan masa bersama-sama, tak slaah kita ambil peluang keemasan ini. Bila lagi kan? Inilah masanya!

Bagi yang sibuk dengan urusan kerja dan hampir lupa untuk merapatkan hubungan kekeluargaan tu, tidak terlewat untuk berbuat demikian. Jadi, bagi memudahkan anda, cuba ikuti 5 cara ini untuk eratkan hubungan ikatan dengan keluarga tersayang anda agar lebih harmoni dan bahagia semasa Hari Raya nanti!

1. Luangkan Masa Bersama

Sekiranya anda sangat sibuk, cari sedikit masa untuk luangkan bersama dengan anak-anak anda. Ini akan menyebabkan anak berasa lebih bahagia kerana mempunyai ibu bapa yang sayang dan mengambil berat tentangnya.

Bukan itu sahaja, apabila anda dapat berbual dengan mereka, banyak ‘rahsia’ yang anda akan tahu nanti. Mereka akan lebih suka untuk kongsikan apa sahaja perkara yang berlaku kepada mereka. Mungkin apa yang berlaku di sekolah. Kalau tak percaya, cuba lah. Anda pasti akan nampak perubahan itu nanti.

2. Saling Memahami

Ahli keluarga mestilah saling memahami perasaan antara satu sama lain. Kena tahu akan kelebihan dan kelemahan setiap ahli keluarga, baru lah tidak akan berlaku perselisihan faham.

Siapa jer tak marah kalau berlaku perselisihan faham kerana setiap ahli keluarga ialah orang yang boleh dipercayai. Setiap masalah yang berlaku, ahli keluarga lah antara orang yang dipercayai untuk menyelesaikan masalah berbanding orang lain. Sebab itu sangat penting untuk anda saling memahami antara satu sama lain.

3. Melakukan Suasana Rumah Yang Baik

Cara yang seterusnya ialah melakukan suasana rumah yang baik kerana ini akan menjamin kebahagiaan keluarga.

Ibu bapa terutamanya harus peka akan keperluan asas demi keselesaan setiap anggota keluarga. Selain itu juga, ada pelbagai permainan “board game” yang boleh anda sertai bersama dengan kesemua ahli keluarga. Dalam maa yang sama, dapat juga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

4. Kerap Berkomunikasi

Aspek paling penting dalam menjaga hubungan adik-beradik adalah komunikasi. Walaupun masing-masing sibuk dengan aktiviti harian dan jarang mempunyai masa terluang, carilah sedikit masa untuk sekurang-kurangnya bertanya khabar.

Kelebihan teknologi seperti Facebook, WhatsApp boleh dijadikan medium paling efektif untuk berkomunikasi dengan mudah!

5. Sentiasa Rapatkan Hubungan

Ingat, yang kuat itu hubungan, yang lemah itu diri. Nikmatilah setiap rezeki kerana bila kasih diikat, ‘air yang dicincang pun takkan putus’, inikan pula hubungan kekeluargaan. Bersyukurlah dengan apa yang ada di sekeliling anda terutamanya ahli keluarga. Mereka ini semua layak dihargai.

Tak salah untuk anda luangkan masa semasa Raya ini untuk mereka tau. Lagi glad dorang terutamanya mak ayah di kampung tu. Beginilah antara salah satu ikatan yang patut anda syukuri. Seperti yang Maybank buat tentang kempen
#IkatanDisyukuri ni lah.

Simpanan Bersama Maybank

Maybank percaya adalah penting bagi setiap orang untuk develop bersama, dari segi kewangan dan juga rohani. Sehubungan itu, Maybank telah memilih #IkatanDisyukuri sebagai tema Raya bagi tahun ini bermula 14 April hingga 31 Mei tahun ini untuk mengingatkan keluarga supaya bersyukur dan menghargai segala ikatan yang ada dalam hidup anda, bukan sahaja hubungan dengan sesama sendiri jer tapi juga untuk mengukuhkan ‘kesihatan’ kewangan.

Cara yang paling senang dan berbaloi adalah melalui Save&Grow bersama Maybank! Anda boleh sama-sama membuat simpanan bersama Maybank serta berpeluang untuk ‘buka kunci’ untuk dapatkan hadiah yang sangat wow!

Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah hadiah wang tunai sehingga RM110,000 untuk dimenangi. Lagi banyak anda mendaftar lagi banyak hadiah yang anda boleh ‘buka’. Semudah itu jer gais.

Pelaburan ASB Pun Ngam!

Selain itu anda juga boleh untuk menghargai dorang adalah dengan membuat pelaburan ASB bersama Maybank. Pelaburan makin bererti dengan Pembiayaan ASB untuk masa depan keluarga anda.

Hanya serendah RM42 sebulan. Inilah bayaran bulanan yang anda dapat kukuhkan hubungan kekeluargaan sesama sendiri. Cara bijak pelaburan ini sangat berbaloi kerana ianya berisiko rendah selain anda boleh dapat dividen tahunan yang konsisten.

Dengan membuat simpanan di Maybank, anda turut berpeluang untuk menangi hadiah menarik!

Di samping itu, apabila anda berbelanja lebih dengan Kad Maybank, anda boleh dapatkan diskaun kaw-kaw untuk jenama tertentu dan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti gold bar 20 gram, kereta Mercedes-Benz A200, Honda City Hatchback, TV Samsung dan duit raya bernilai RM5,000.

Caranya mudah sangat gais. Daftar melalui SMS sekarang: RAYA No Kad Pengenalan/Pasport 6 Digit Terakhir dan hantar ke 66628.

Mudah kan? Apapun sentiasa bersyukur dan jangan lupa untuk luangkan masa bersama keluarga Raya nanti okay! Rebut peluang yang diberi Maybank ini untuk sama-sama rasai keberkatan hubungan sesama keluarga. #IkatanDisyukuri bersama tawaran Maybank. Selamat berhari Raya gais!

Info lanjut boleh ke LINK INI ya.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close